
Sifat mazmumah(sifat-sifat yang tercela) adalah sifat yang dimiliki oleh mereka yang lemah imannya dan sifat ini dibenci oleh Allat s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Untuk menjadi seorang insan yang dikasihi Allah s.w.t, sifat-sifat mazmumah adalah perlu kita hindari. Antara sifat-sifat mazmumah menurut Imam Al-Ghazali adalah seperti berikut:
Gemar makan dan minum | Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah s.w.t ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”. |
Banyak berkata-kata (yang sia-sia) | Telah menjadi lumrah manusia suka berkata dan membuang masa dengan sia-sia dan tidak mendatangkan faedah. |
Marah | Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikian selalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya. |
Hasad dengki dan iri hati | Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. |
Kasih kepada harta | Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam. |
Takbur | Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat. |
Riak | Riak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan. Riak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah s.a.w. menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas. |
Ujub | Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riak. Ujud bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain. Berapa banyak ibadah yang rosak karena penyakit ujub? |
Kasih akan Dunia | Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. |
Sama-samalah kita menjauhi sifat-sifat mazmumah ini. Orang Mukmin tidak akan mensia-siakan hidupnya di dunia yang sementara ini dengan mempertingkatkan amal solehnya dan berikhtiar semoga seluruh hidupnya mendapat redha Allah s.w.t.
Sumber: http://keindahanhidupbermasyarakat.blogspot.com/2010/10/hayatilah-sifat-mahmudah-dan-jauhi.html
No comments:
Post a Comment