Wednesday, March 9, 2011

Tidur Untuk Pahala

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong.


Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.



Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

  1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
  4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
  5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk

Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu

Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal

Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi

Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.


Dipetik dari blog http://wanwma.com/

Monday, February 21, 2011

Jauhi Sifat Mazmumah



Sifat mazmumah(sifat-sifat yang tercela) adalah sifat yang dimiliki oleh mereka yang lemah imannya dan sifat ini dibenci oleh Allat s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Untuk menjadi seorang insan yang dikasihi Allah s.w.t, sifat-sifat mazmumah adalah perlu kita hindari.
Antara sifat-sifat mazmumah menurut Imam Al-Ghazali adalah seperti berikut:


Gemar makan dan minum

Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah s.w.t ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.

Banyak berkata-kata (yang sia-sia)

Telah menjadi lumrah manusia suka berkata dan membuang masa dengan sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.

Firman Allah swt yang bermaksud:“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, melainkan bisikan-bisikan daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”[Surah AnNisa;114]

Marah

Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikian selalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

Dari Abu Hurairah r.a, bahwasanya seseorang berkata kepada Nabi s.a.w., "Berilah aku wasiat?."Nabi s.a.w. bersabda: : "Janganlah engkau marah"Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang Nabi s.a.w. bersabda : " Janganlah engkau marah"[Hadis Riwayat. Bukhari]

Hasad dengki dan iri hati

Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: ” Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”

Kasih kepada harta

Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".[Hadis Riwayat Abu Daud]

Takbur

Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
[Hadis Riwayat Muslim]

Riak

Riak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan. Riak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah s.a.w. menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah s.a.w. dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." [Hadis riwayat Imam Ahmad]

Ujub

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riak. Ujud bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain. Berapa banyak ibadah yang rosak karena penyakit ujub?

Dalam sebuah hadis qudsi disebutkan bahwa seorang lelaki berkata: “Allah tidak akan mengampuni si Fulan! Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala pun berfirman:“Siapakah yang lancang bersumpah atas namaKu bahwa Aku tidak mengampuni Fulan?! Sungguh Aku telah mengampuninya dan menghapus amalanmu!” [Hadis Riwayat Muslim]

Kasih akan Dunia

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.

Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah s.w.t.dalam firmaNya yang bermaksud :" Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak."


Sama-samalah kita menjauhi sifat-sifat mazmumah ini. Orang Mukmin tidak akan mensia-siakan hidupnya di dunia yang sementara ini dengan mempertingkatkan amal solehnya dan berikhtiar semoga seluruh hidupnya mendapat redha Allah s.w.t.

Sumber: http://keindahanhidupbermasyarakat.blogspot.com/2010/10/hayatilah-sifat-mahmudah-dan-jauhi.html

Thursday, February 17, 2011

Kematian



Mishary Al Aradah-Farsy Turab

Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.


Wahai sekelian hamba Allah! Semua manusia sedang berjalan menuju kematian. Dia akan ingat sebuah ketentuan yang pasti dialami oleh setiap insan. Iaitu sebuah kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada sekalian anak cucu Adam. Pada saat kematian menjelma, ia akan menghinakan para pelaku kezaliman dan melumpuhkan para pelaku maksiat. Orang derhaka akan insaf dan orang yang berdosa akan bertaubat.

Saat kematian tiba adalah saat yang sangat menyakitkan yang akan dilalui oleh semua orang, samada raja mahupun rakyat jelata, samada pemimpin mahupun orang yang dipimpin, samada orang kaya mahupun orang miskin. Persediaan diri yang sebenarnya adalah ketika menghadapi kematian. Berazamlah untuk memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dengan melakukan amal soleh dan tidak membuangnya dengan sia-sia.





Sumber : http://nurjeehan.hadithuna.com/

Jadikan Kritikan sebagai Penghormatan

Dalam hidup ini, kita tidak akan pernah lari dari kritikan-kritikan daripada orang lain. Ada sesetengah kritikan yang dapat menaikkan semangat dan ada juga yang melemahkan semangat kita.

Jika anda seseorang yang selalu memberi, memperbaiki dan berusaha untuk membangun, maka anda pasti sering mendengar kritikan-kritikan pedas dan pahit. Kadangkala, kita tidak cukup kuat untuk menahan segala kritikan-kritikan pedas ini. Seringkali kita menitiskan air mata akibat kata-kata dan cemuhan dari orang lain. Saya juga akui, sebagai seorang manusia yang lemah saya juga sering bersedih apabila mendapat kritikan dan cemuhan daripada orang lain.




Manusia tidak akan pernah diam untuk mengkritik kita sehinggalah kita masuk ke liang lahad. Biasalah, itu memang sifat manusia yang tidak suka melihat kesenangan orang lain. Mulut mereka tidak akan berhenti berkata-kata.

Pernahkah kita terfikir, selama kita hidup bersama-sama orang lain, pernahkah kita menghargai segala kebaikan yang mereka lakukan? Apa yang sering kita ingat adalah keburukan mereka. Oleh itu, cuba kita ubah sikap ini. Cuba kita fikirkan segala kebaikan yang mereka lakukan dan lupakan keburukan mereka. Dengan itu, kita akan lebih tenang dan bahagia.

Berbalik kepada sikap kritik mengkritik, sering kali apabila kita mengecapi kejayaan, pasti akan terdengar suara-suara sumbang dan tidak enak didengar. Perlu diingat, orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh dan manusia tidak akan menendang anjing yang mati. Mereka marah dan kesal kepada kita kerana kita mendahului mereka dalam kebaikan, keilmuan, tindak-tanduk atau harta.

Mereka tidak akan berpuas hati sehingga anda melepaskan segala kurnia dan nikmat yang Allah berikan kepada anda dan anda meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai yang selama ini anda berpegang teguh.




Sesungguhnya, kita memang tidak mampu untuk menutup mulut setiap manusia di muka bumi ini. Apa yang kita mampu hanyalah menyimpan di dalam diri dan mendiamkan diri dengan segala kritikan-kritikan itu. Sikap mereka adalah seperti firman Allah:


"... matilah kamu dengan kemarahan kamu itu...." [Surah Ali Imran; 119]


Jadikanlah kritikan mereka sebagai satu penghormatan dan motivasi kepada diri kita untuk sentiasa maju ke hadapan serta untuk menjadi insan yang lebih baik.

Wednesday, February 16, 2011

Trials of Life



Lagu oleh Sami Yusuf-Trials of Life

Dalam kehidupan seharian kita, pasti terdapat masalah dan kesulitan dalam kehidupan yang kita hadapi. Kadangkala kita rasa seperti mahu putus asa dengan kehidupan kita. Tetapi ingatlah bahawa segala kesulitan itu pasti ada jalan penyelesaiannya dan jangan kita mudah berputus asa untuk mencari penyelesaiannya.

Berdoalah untuk mententeramkan jiwa:

Firman Allah yang bermaksud: “Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.

[Surah Al-Baqarah;155]

“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan”

[Riadus Solihin]

Setiap manusia tidak terlepas dari ujian dan kesulitan dalam hidup. Bersabarlah dan tabah serta redha dalam menghadapi ujianNya.

Tuesday, February 15, 2011

Did You Thank Allah for Your Eyesight?



A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked," Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?"

The man said,"I only wrote the truth. I said what you said but in different way."

What he had written was: " Today is a beautiful day and I cannot see it"

Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing? Of course both signs told people that the boy is blind, but the first sign simply said the boy is blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind.

"It is He,Who has created for you (the sense of) hearing (ears), sight (eyes), and hearts (understanding). Little thanks you give." [Surah Al-Mu'minun;78]


Cerita ini saya ambil daripada applications Ipod saya "Islamic Stories". Apakah pengajaran yang dapat diambil dari cerita ini?

Setiap hari kita asyik mengeluh dengan kekurangan diri kita, tapi kita tak pernah berterima kasih apatah lagi bersyukur dengan nikmat dan segala pemberian dari Allah.

"Apapun nikmat yang kalian terima, semuanya berasal dari Allah." [Surah An-Nahl; 53]

Oleh itu, berterima kasihlah atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. :)

Kenapa?




Assalamualaikum w.b.t,


Kenapa saya buat blog ni?

Sebab assignment CMM111. Kalau tak, takde blog pun. :)

Sekian.

Tuesday, January 25, 2011

Assignment 1

This is my assignment.
Click here.

Monday, January 24, 2011

Monday, January 10, 2011

Our Sun

This is our Sun.